Wednesday, 22 February 2017

D-Day

So....seperti yang telah dinanti-nantikan....esok aku akan menjalani ujian JPJ bagi lesen automatik. Berdebar tu jangan cakaplah. Nak telan makanan pun tak boleh. Haish, mengeluh jugalah aku ni. Aku ni berharap dengan sepenuh-penuh harapan agar aku lulus. Memang aku kalah boleh memang tak nak langsung fail. Please ah ahahaha. Nak kena ulang tu satu hal (driving ni penat rupanya huhu), pastu nak kena bayar lagi. Bayarannya bukan murah. 100 lebih jugak hm

Auto ni, ramai jugak orang tanya aku senang ke susah. Jawapannya tak tahulah senang ke tak. Rasa macam senang pun ada, macam susah pun ada. Yang paling aku bimbang sekali, aku takut strict nak mampus je penilaian dia. Tapi aku tahu, Allah akan tolong aku, aku doa kat Dia, mohon agar dilembutkan hati pegawai JPJ, bukan untuk aku je, tapi untuk semua orang pada hari esok, InshaaAllah.

So, macam korang tahu lah kan, sekarang ni dah ada dua pilihan, sama ada manual atau automatik. Automatik ni ada, pada pendapat aku lah, sebab sekarang ni, kebanyakan kereta dah auto dah. Jarang sangat la nak jumpa kereta manual sekarang. So that's why diwujudkan kot. IMO lah.

Dalam test auto ni, dia ada tambah satu lagi ujian, iaitu ramp. Korang boleh tengok kat Youtube je, cemana auto ni. Maklumlah semua maklumat di hujung jari hehehe.

Otak aku pun sebenarnya tengah rasa tepu gak ni. Aku time nervous, menggigil serupa baru lepas kena siram dengan ayaq batu, otak rasa kebas semacam. Ha tu teruknya cara aku nervous. Tapi aku haraplah, esok hilanglah segala nervousnya, digantikan dengan semangat, ketekalan dan ketabahan. Ha gitu, ye dok? XD

Akhir kata, korang doakanlah aku ni lulus JPJ esok demi tidak menyusahkan ibu bapa dan untuk diri aku sendiri. Cau lu!

Thursday, 16 February 2017

2017

Okay, now here I am again. It's been so long since I made a blog and posted the first post here. Aku sendiri pun lupa aku ada blog kahkah. The reason why I am here again is aku tengah browse something and suddenly ada notification from my blog. LOL time tu, baru aku teringat aku ada blog.

So, I decided to use this blog again, maybe to rant, or nak cerita pengalaman hidup ke (acah jelah pengalaman tak banyak pun) and even sometimes, aku akan tulis cerita pendek. So, that's all I'd be doing sementara menunggu result SPM aku keluar. As you all know, result SPM 2016 akan keluar pada 2 Mac 2017....sekian. Hahaha lek lek aku gurau je. Result SPM 2016 akan dikeluarkan pada 16 Mac 2017. Eh tapi betullah, sebelum tu memang result akan diumumkan pada 2 Mac, tapi disebabkan mesin OMR yang sebenarnya nak bersara dah lama dah, result tu ditunda tarikh pengeluarannya.

Aku tak tahulah nak suka ke apa ke. But deep down, rasa bersyukur jugalah, dapat cuti lama sikit kan (hek eleh duk terperap kat rumah best sangat ke?) Haha bukanlah. Aku sebenarnya bersyukur sebab dapat lah berdoa lebih sikit kan. Tapi hidup dihantui ketakutan ni, em, susah jugak kan? Macam Mr Lim, cikgu Physics aku cakap lah, penantian itu satu penyeksaan. Tapi tak mengapa, marilah kita berdoa agar kata-kata tersebut berubah kepada penantian membawa kepada suatu kebahagiaan ecewah lebih pulak aku.

So, sementara cuti ni cam biasalah, ada yang pergi kerja part time kat mana-mana. Ada jugak yang tengah ambik lesen memandu. Macam aku ni, aku tergolong dalam golongan kedua tu hahhaha. Bukannya tak nak kerja, nak juga cari pengalaman, cari duit. Tapi tulah, lesen diutamakan haha.

Banyak sangat aku berleter ni hahaha. InshaaAllah akhir bulan ini, aku akan menjalani test JPJ ha gitew. Doakan aku dapat JPJ baik, awesome gila, pemurah, penyayang, mengasihani hahahha. Teringin juga nak drive ke mana-mana sendiri kan? Moga Allah memudahkan segala urusan....Aamiin☺☺

Friday, 19 April 2013

First time........

Assalamualaikum.... Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri, kerana telah berjaya mencipta blog yang telah lama ingin dihasilkan ttpi tidak tahu caranya. Anyway, saya Nazatul. Selama ni, saya dah tgk banyak blog, semuanya cantik2. Nak jgak buat tapi x berkesempatan. Hari ni, dh hari sabtu kan? maknanya menjelang petang esok, saya akan pulang ke pangkuan rumah ketiga... Huarghh, tak nak balik! tapi nak buat mcm mna, rumah dah jauh dari sekolah. Hai, terpaksa jugak balik. Bilalah, aku nak balik ke tanah air sendiri. Malam ni, saya nak tulis pendek aje. Okay, akhir kata, doakan saya cepat pulang ke Kuantan okay? Kenang daku dalam doamu. Assalamualaikum salam malam :)