So....seperti yang telah dinanti-nantikan....esok aku akan menjalani ujian JPJ bagi lesen automatik. Berdebar tu jangan cakaplah. Nak telan makanan pun tak boleh. Haish, mengeluh jugalah aku ni. Aku ni berharap dengan sepenuh-penuh harapan agar aku lulus. Memang aku kalah boleh memang tak nak langsung fail. Please ah ahahaha. Nak kena ulang tu satu hal (driving ni penat rupanya huhu), pastu nak kena bayar lagi. Bayarannya bukan murah. 100 lebih jugak hm
Auto ni, ramai jugak orang tanya aku senang ke susah. Jawapannya tak tahulah senang ke tak. Rasa macam senang pun ada, macam susah pun ada. Yang paling aku bimbang sekali, aku takut strict nak mampus je penilaian dia. Tapi aku tahu, Allah akan tolong aku, aku doa kat Dia, mohon agar dilembutkan hati pegawai JPJ, bukan untuk aku je, tapi untuk semua orang pada hari esok, InshaaAllah.
So, macam korang tahu lah kan, sekarang ni dah ada dua pilihan, sama ada manual atau automatik. Automatik ni ada, pada pendapat aku lah, sebab sekarang ni, kebanyakan kereta dah auto dah. Jarang sangat la nak jumpa kereta manual sekarang. So that's why diwujudkan kot. IMO lah.
Dalam test auto ni, dia ada tambah satu lagi ujian, iaitu ramp. Korang boleh tengok kat Youtube je, cemana auto ni. Maklumlah semua maklumat di hujung jari hehehe.
Otak aku pun sebenarnya tengah rasa tepu gak ni. Aku time nervous, menggigil serupa baru lepas kena siram dengan ayaq batu, otak rasa kebas semacam. Ha tu teruknya cara aku nervous. Tapi aku haraplah, esok hilanglah segala nervousnya, digantikan dengan semangat, ketekalan dan ketabahan. Ha gitu, ye dok? XD
Akhir kata, korang doakanlah aku ni lulus JPJ esok demi tidak menyusahkan ibu bapa dan untuk diri aku sendiri. Cau lu!
No comments:
Post a Comment